Monday 8 August 2011

Jeneral Mahdi and the Last Generation Army

Apabila berbicara mengenai Dajjal Laknatullah, kita tidak boleh lari dari satu lagi rahsia akhir zaman yang dinyatakan Rasulullah SAW sejak dahulu lagi. Rahsia itu ialah berkenaan seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah yang dikenali sebagai Imam Mahdi.
Munculnya Imam Mahdi menandakan tibanya era akhir zaman. Manakala era akhir zaman itu disusuli tanda peperangan-peperangan besar yang berlaku di atas muka bumi ini. Ia persoalan yang tidak dapat dielakkan.
Dari pelbagai teori, analisis dan kajian yang didapati daripada buku-buku di pasaran, kita telah pun diberikan ilmu oleh penulis-penulis ini tentang kewujudan Imam Mahdi dan tindak-tanduknya.
Di sini, khusus di dalam blog ini sahaja, kami akan memperkenalkan satu kajian, analisis berdasarkan hadith-hadith berkaitan Imam Mahdi. Teori baru tentang Imam Mahdi kami timbulkan kerana  mendapati ada perkara-perkara penting yang ditinggalkan oleh kebanyakan penulis-penulis buku di luar sana.
Syeikh Siddiq Hassan Al-Qanuji berkata;
“Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang meriwayatkan tentang Al-Mahdi dengan berbagai riwayat adalah banyak sekali sehingga mencapai tingkat mutawatir.”
(Kitab Al-Iza’ah limakan wayakunu baina Yadais-sa’ah, halaman 113)
InsyaAllah teori ini akan dibentangkan apabila kami diizinkan berbuat demikian.  Dengan lafaz bismillahir rahmanirrahim kami mulakan teori ini dengan nama …

“Jeneral Mahdi dan Tentera Generasi Terakhir”

No comments:

Post a Comment