Friday 29 July 2011

Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama Anak-Anak..Sila Baca!!


Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia  adalah: 
1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang  sering digunakan :
  • Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
  • Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
  • `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
  • Wati (Persetubuhan)
  • Azli (Celaanku), Azlan (Celaan) 
2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
  • Azali
  • Muhaimin 
3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
  • Suyuti (Orang Asyut)
  • Bukhari (Orang Bukhara)
  • Ghazali (Orang Ghazal)
  • Nawawi (Orang Nawa)    
  • Misri atau Masri (Orang Mesir)
  • Baihaqi (Orang Baihaq)
  • Tirmizi (Orang Tirmiz) 
4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.
5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.
6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab
7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
  • Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
  • Ghulam `Ali (Hamba `Ali) 
8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)
9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
  • Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
  • Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w. 
10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
  • Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
  • Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia. 
11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
  • Zaleha – sepatutnya Zulaikha 
12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
  • ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
  • Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya. 
13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
  • Muti`ah (yang taat) 
14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:
  • Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina) 
15. Nama yang terpengaruh dengan budaya  barat, contohnya:
  • Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
  • Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku) 
16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
  • Syamsul Bahri (matahari lautan)
  • Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
  • Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
  • Rafidhi (Syiah pelampau)
  • Atan (keldai betina)
  • Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
  • Jamalullail (keindahan malam) 
Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
  • Zainab         - makna baik   : nama bagi sejenis pokok yang wangi
                              – makna buruk : pengecut
  • Mu`awiyah  - makna baik   : pembela / pejuang
                              – makna buruk : yang menyalak
17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.
Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
  • Fairuz
  • Sirin (manis –bahasa Farsi)
  • Rustam
  • Sarfaraz (mulia)
  • Sibawaih (wangian epal) 
18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
  • Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
  • Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
  • Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
  • Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
  • Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin  جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’ 
19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)
Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain
20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.
Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
  • Syukri (Kesyukuranku)
  • Fathi (Kemenanganku)
Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
  • Imam Jalaluddin as-Suyutiyang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
  • Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhariyang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
  • Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri 
Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:
نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.
Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.
Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:
  • Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut. 
Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama  yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.
  • Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama. 
Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:
  • Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata. 
  • Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata. 
21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:
لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
(Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]
dan ayat:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]
22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:
  • Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah 
  • Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s 
Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya

Mufti Saudi Serukan Para Da’i Maanfaatkan Facebook untuk Berdakwah

 
Mufti besar Arab Saudi yang juga ketua dewan ulama senior, Syaikh Abdul Aziz Al-Syaikh, menyerukan para imam dan da’i untuk beradaptasi dengan peralatan serta teknologi yang ada di era modern saat ini dalam menyebarkan ceramah serta gagasan mereka, seperti menggunakan internet dan Facebook dalam konteks ini.  Pernyataan Mufti Arab Saudi tersebut disampaikan pada kuliah hari Ahad kemarin (19/12), yang berjudul: “Tugas da’i dalam mengatasi ancaman terorisme dan fanatisme dan penyimpangan ideologis.”
Dalam perkuliahan tersebut Syaikh Abdul Aziz menjelaskan bagaimana kiat-kiat para khatib dan dai menangani masalah terorisme, dan bagaimana untuk mengatasi masalah penyimpangan intelektual dan bagaimana berbicara tentang hal itu, sembari mencatat bahwa profesi dai’ yang berbicara di depan umum adalah salah satu karir terbesar dalam sejarah Islam dengan membimbing dan menyerukan masyarakat untuk mengerti akan ajaran agama mereka dan menjadi pendakwah adalah profesi para nabi dan rasul, yang dipimpin oleh Nabi Islam Nabi Muhammad saw.”
Mufti Saudi ini dalam konteks ceramahnya, menyatakan tentang pedoman bagaimana menghadapi Al Qaeda dan pemikirannya, dan menyerukan untuk fokus pada titik-titik tertentu untuk menolak wacana “ekstremisme.”
“Tidak diragukan lagi bahwa ekstremisme adalah masalah yang serius yang dibahas dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasul-saw, dan dengan memperingatkan masyarakat akan bahaya ekstremisme dan menyerukan mereka untuk bersikap moderat dalam memahami agama dan mengikuti perilaku jalan yang lurus,” tegas Syaikh Abdul Aziz Al-Syaikh.(fq/imo)

Doa Yahudi Mahu Islam Palestin Mati


BAITULMAQDIS – Seorang ketua agama berpengaruh di Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi apabila beliau menyatakan Tuhan patut menurunkan wabak penyakit kepada rakyat dan pemimpin Palestin, Sabtu lalu.
Pemimpin spiritual salah sebuah parti kerajaan, Ovadia Yosef dengan biadap menyeru kepada kematian penduduk Palestin semasa ceramahnya, beberapa hari sebelum rundingan damai Palestin-Israel yang dijadual bermula minggu depan.
“Abu Mazen (Mahmoud Abbas) dan semua orang jahat ini patut hilang dari muka bumi.
“Tuhan patut menurunkan penyakit berbahaya kepada pembenci Israel ini,” katanya.
Yosef, 89, sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 2001 semasa kebangkitan rakyat Palestin menentang kekejaman Israel, di mana beliau menyeru kepada penghapusan bangsa Arab.
Ketua agama yang dilahirkan di Iraq itu juga menegaskan adalah haram bagi Israel untuk mempunyai rasa belas kasihan terhadap rakyat Palestin.
Kenyataan biadap Yosef itu dilihat dikeluarkan bagi menganggu proses rundingan damai yang akan berlangsung di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Washington, 2 September depan.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8121034.asp

Peringatan Khas;SEKALI LAGI!

Uncle ‘Samiri’ Sam
Ini adalah peringatan sekali lagi ditujukan kepada para sekular tahap berat,orang-orang Islam pada namanya sahaja serta pencandu materialistik yang ketagih hiburan dan keseronokan dunia 24 jam sehari,SILA LUANGKAN 2-3 MINIT UNTUK MENYELAMATKAN ANDA DARI TERSEKSA SELAMA BERIBU-RIBU TAHUN.Hari yang dijanjikan hampir tiba dan jika pintu taubat tertutup,anda tidak akan diberi sesaat pun untuk menyesal dan insaf.Kepada yang ingin murtad…NANTI DULU!FIKIR…FIKIR…
JANGAN TERBURU-BURU!
Kami menghormati anda sebagai seorang yang matang dan dewasa.Gunakan fikiran waras anda.Suara hati anda.Fitrah anda sebagai manusia yang memiliki maruah tinggi dan nilai moral yang positif.
Tidak kira sama ada anda Muslim atau tidak,peringatan ini adalah ditujukan khas untuk anda.Sasaran Iblis Laknatullah (Azazel,The Fallen Angel,Watcher,Lucifer) dan Dajal Laknatullah (AntiChrist) tidak kira sama ada dia seorang Muslim atau tidak.
Di dalam Al-Quran, kitab suci agama Islam telah disebutkan tentang Iblis yang menyimpan dendam ke atas bangsa manusia.Ini adalah dendam dua makhluk Tuhan yang berbeza.Di dalam hadis nabi pula (percakapan lisan dari Nabi Muhammad S.A.W) ada menyebutkan tentang Dajal, iaitu seorang manusia berwatak syaitan yang bercita-cita menguasai dunia dan akhirnya menjadi Tuhan memerintah dunia ini.Banyak penafsiran tentang Dajal ini, tidak seperti Iblis yang memang diketahui akan sifat-sifatnya.Terdapat dua kategori utama,Dajal sebagai satu anasir kejahatan yang menyerang dunia dan yang kedua, berbentuk manusia yang merancang pelbagai strategi kejahatan.
Kedua-duanya adalah benar.Dajal adalah seorang manusia.Dan dia telah merancang pelbagai strategi untuk menguasai dunia.Hasilnya timbul satu anasir kejahatan berbentuk besar-besaran yang sistematik,tersusun dan mantap.Dajal telah hidup beribu-ribu tahun.Dia adalah termasuk makhluk yang dilengahkan ajalnya (al-Muntazhor) sebagaimana Iblis.Dengan usianya panjang,dia mampu mencapai teknologi yang berusia beratus tahun kehadapan.Di dalam hadis nabi,Dajal digambarkan sebagai manusia yang mempunyai mata satu, iaitu mata sebelahnya mengalami jangkitan penyakit ketika kecil.’Mata Satu’ adalah simbol kebanggaan Dajal (AntiChrist) ini.
Anda tidak percaya?Mungkin anda bertanya “Who this asshole?” Dimanakah dia?Tunjukkan pada saya!Buktikan!.
Hehehe….hmmmm..
DIA ADA DISINI.DI BUMI YANG ANDA BERHIDUP SEKARANG.DIA SEDANG MERANCANG STRATEGI SETERUSNYA.TETAPI ANDA BERNASIB BAIK KERANA DIA SUKA MENINGGALKAN TANDA-TANDA KEWUJUDAN DIRINYA.DIA JUGA INGIN DIKENALI.DIA JUGA INGIN POPULAR.
Jika anda mempunyai wang satu dolar Amerika (1 US Dollar) sila lihat sisi belakangnya (yang tidak mempunyai wajah orang) terdapat dua mohor (seal) di situ.

Lihat disebelah kirinya.Di mohor itu terdapat gambar piramid dengan segitiga kecil di atasnya.LIHAT APA DI DALAM SEGITIGA ITU.


‘MATA SATU DAJAL’

Mungkin ada yang mempunyai lebih pengetahuan mengatakan itu adalah lambang Dewa Mesir Osiris atau Horus, tetapi BUKANKAH DAJAL BERCITA-CITA UNTUK MENJADI TUHAN ATAU DEWA YANG MEMERINTAH BUMI?Dajal telah lama hidup di bumi Mesir sebelum peristiwa Exile lagi (penghijrahan bangsa Yahudi keluar dari Mesir) dan dia lebih banyak tahu rahsia Piramid Agung dari Egyptologist (pengkaji piramid dan sejarah Mesir Purba) itu sendiri.
Cuba fikir apa kaitan bangsa Amerika dengan Piramid Mesir?Mengapa piramid dijadikan mohor (seal) Amerika Syarikat?Mengapa tidak objek lain?Bison misalnya,atau orang Indian Cheeroke.Kalaupun piramid hendak dijadikan modal,mengapa tidak piramid kaum-kaum asli Amerika seperti Aztek dan Maya?Lokasi piramid itu lebih dekat di Amerika berbanding Piramid Agung.Apa kaitan budaya Amerika dengan Piramid Agung Mesir?.Mengapa menyanjungi Piramid Mesir padahal bangsa Mesir dan bangsa Amerika bukanlah seketurunan dari segi sosio-budaya mahupun bahasa.Lebih baik mereka meletakkan Stonehenge,istana-istana kuno Jerman ataupun lambang Viking sebagai cop mohor kerana ia lebih dekat dengan budaya Amerika yang berasal dari koloni-koloni Eropah yang berhijrah dari Eropah ke ‘Dunia Baru’ Amerika.
Fikir…fikir
Mengapa terjadi ‘anomalies’ seperti ini.
Cuba fikir jika anda dari Malaysia contohnya mengambil lambang Roda Asoka (yang menjadi simbol di bendera India) sebagai cop mohor di belakang wang satu ringgit anda,atau negara Indonesia mengambil Tembok Besar China sebagai lambang negaranya menggantikan garuda?Tidakkah ini sesuatu yang menarik untuk difikirkan?Memang hebat ‘integrasi budaya’ di Amerika sehingga menyanjung keajaiban Piramid Mesir lebih dari pencapaian sains dan teknologi mereka sendiri.
SIAPA YANG TERLAMPAU OBSES DENGAN PIRAMID AGUNG MESIR?
APA RAHSIA DI SEBALIK PIRAMID AGUNG MESIR?
APA KAITAN AMERIKA DENGAN PIRAMID?
Cuba kaji dan fikir.
Sudah beratus tahun Dajal Laknatullah hidup dikalangan Firaun dan bangsa Mesir kuno.Banyak rahsia yang diketahuinya tidak diketahui oleh manusia moden hari ini.Banyak kenangan yang dilalui olehnya ketika hidup di Mesir dahulu.Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain dan hidup bersama.
Renung lama-lama ke dalam ‘mata’ itu.Dengarkan suara “Aku berada dikalangan kamu”.”Aku ada di sini”.
“Aku akan muncul”.”Aku adalah Tuhan kamu”.
Dia ada di sini.Di bumi yang kita tinggal.Al-Quran adalah benar.Muhammad adalah benar.Islam adalah benar.

Temuramah Projek-Projek Rahsia Amerika BHG. II

ITT dimiliki oleh Krupp di Jerman.Dalam terma peribadi,ramai orang awam dan saintis di sana adalah bekas anggota Nazi yang datang dari Jerman sebelum dan selepas perang.Projek ini adalah di bawah kawalan Kerajaan Amerika.Komuniti Intelijen tahu apa yang berlaku dan CIA memantau segalanya, sebagaimana yang dilakukan agensi intelijen yang lainnya.Orang-orang yang berperanan di dalamnya kecil sahaja, di antara 30 hingga 50 orang.Pembiayaan seluruhnya secara persendirian.Selepas tahun 1983, Senator Goldwater menemui perkara ini dan mula menyiasat.Dia tidak menemui apa-apa pembiayaan dari kerajaan.Pruett adalah pengarah bahagian metafizik projek tersebut.Dia adalah dari Tentera Udara.Selepas dia, Dr. Herman C. Untermann mengambil alih.

Mereka mempunyai pakar elektronik, Dr. Mathew E. Zerret, orang yang datang dari Jerman pada tahun 1946 bersama Werhner Von Braun.Mungkin sebab mereka kehabisan wang adalah kerana mereka mempunyai sejumlah 25 pangkalan seluruh Amerika untuk dibiayai.Pangkalan terakhir ditutup pada 12 Ogos 1983.Pangkalan di Montauk, di mana semua stesen mendapat rujukan masa-sifar mereka, ditutup dan dua pangkalan yang tinggal tidak berfungsi dengannya.
S:Sila jelaskan mengenai kesan terhadap minda?
J:Dari apa yang saya dapati dari program ini,di mana saya adalah sebahagian darinya, saya telah dikhaskan dalam bidang kawalan minda tidak pada awalnya saya terlibat dalam program ini (kerana mereka mahukan saya pada awalnya disebabkan kemampuan sensitif saya) tetapi kemudiannya.Saya telah ditugaskan untuk mendoktrinkan rekrut muda.Proses doktrin yang pertama menjadi huru-hara.Saya mengatakan kepada mereka yang saya tidak mahu berbuat apa-apa dengan program itu dan mereka meletakkan saya di depan sinaran minda (mind beam) ini, dan memberikan kesakitan kepada saya.Akhirnya seseorang telah berkata “tutup ia, dia tidak dapat menerimanya” dan ia pun ditutup.Yang lainnya menerima kesan yang lebih serius dari saya alami.Kesannya secara keseluruhan amat buruk.Ia dapat membakar otak anda sekaligus.Mereka terus ke depan dan mula mengambil kanak-kanak pada usia 12 hingga 16 di tepi-tepi jalan…
S:Inilah sebabnya ramai kanak-kanak Amerika hilang tanpa dikesan?
J:Kami menganggarkan mereka mengambil 10,000 kanak-kanak Amerika di tepi-tepi jalan dan membawa mereka ke Montauk, New Jersey.Jumlah orang yang mereka tarik dari tepi-tepi jalan untuk keperluan 25 stesen adalah 250,000.Apa yang mendorong mereka kepada kanak-kanak ini tetap menjadi misteri.Kami tidak tahu jawapannya, yang kami tahu mereka diprogram sepenuhnya untuk sesuatu.Mereka menjadi subjek untuk pangaturcaraan yang mana pada akhirnya lebih ‘kemanusiaan’ menggunakan teknik elektronik yang canggih.Pengaturcaraan yang asal adalah ‘Reichian’ secara semulajadi dan lebih kasar/fizikal.Kemudiannya mereka menggunakan teknik komputer dan pengaturcaraan elektronik bersama teknik Reichian yang menjadikannya lebih pantas dan mempunyai kesan buruk yang minimum.
S:Adakah anda sedar sebarang orang yang telah pun mengalami pengalaman ini?
J:Saya telah terlibat dengan orang-orang ini bertahun-tahun.Di sana terdapat bentuk identiti yang amat spesifik yang anda boleh kesan jika anda cukup sensitif.Anda boleh mengecam seseorang yang terlibat dalam program Montuk ‘sejauh 5 batu’.Ia adalah amat khusus pada cara ia telah pun diubah.Saya dapat mengecam lebih daripada 12 orang di Long Island, New York.
S:Bagaimana dengan Von Neumann?
J:Beliau telah hidup sehingga 1989.Beliau telah terlibat dalam satu masalah dengan pihak kerajaan seperti mana masalah-masalah yang lain, sepertimana perpecahan personaliti (personality split) pada tahun 1977, di mana beliau telah meletakkan jawatan sebagai pengarah dan menjadi seorang konsultan.Kerajaan memberitahu awam yang beliau mati pada tahun 1956.Kerajaan masih menghubungi beliau.
S:Adakah mana-mana subjek Montauk diberi dadah psikotropik?
J:Saya tidak fikir begitu…Mereka menggunakan satu dadah yang mana digunakan dalam hubungan dengan pengaturcaran Reich untuk membuatkan mereka lebih bersikap menerima.Saya tidak ingat namanya.Kesan dadah tersebut seolah-olah membuatkan anda berkhayal asyik seasyiknya.
S:Juga menjadi euphoric pada masa yang sama?
J:Ya, juga euphoric.
S:Adakah mereka dapat alat pengubahsuaian minda ini dari makhluk asing?
J:Prototaipnya datang dari makhluk asing.Disebaliknya kami tidak pasti.Alat ini pada asasnya adalah sebuah penguat minda (mind amplifier).Pihak kerajaan secara khasnya melatih individu duduk di atas kerusi dan menjana bentuk-bentuk pemikiran, yang mana akan dikuatkan dan dipancarkan.Mereka juga memancarkan isyarat itu dan meletakkan orang berkaitan di dalam keadaan ‘pre-orgasmic’ di mana mereka akan bersikap menerima kepada pengaturcaraan.Ia bertindak amat lancar dan mereka telah menemui kemampuan-kemampuan yang lain.Mereka juga menemui ia dapat bertindak dengan masalah ‘waktu’.Mereka telah melatih secara psikik individu supaya duduk di atas alat itu dan menjana satu pusaran bentuk pemikiran yang berhubung dengan tahun 1947 dan 1981.Dan ia benar-benar apa yang mereka dapat-satu terowong masa di mana mereka dapat berjalan menerusinya.Di sana ada satu siri televisyen pada satu masa yang menggambarkan konsep ini secara tepat.Ini adalah sedikit kemampuan yang awal.Mereka mula pergi ke depan dan belakang dalam terowong masa itu.Ini adalah fasa terakhir Projek Phoenix.

S:Bilakah mesin masa ini beroperasi?
J:Sekitar tahun 1979 atau 1980 ia sepenuhnya beroperasi.Pemancar ini mempunyai cukup kuasa untuk mengherot ruang masa.Individu di atas alat itu akan mampu untuk mensintesis fungsi pusaran itu kerana mereka tidak mempunyai kemampuan teknikal untuk berbuat demikian.Ia kini dapat disintesis secara mekanikal.Mereka melakukan perkara yang lain.Mereka mengarahkan subjek memikirkan satu bentuk hidupan, dan makhluk yang difikirkan subjek akan terbentuk!Mereka mengarahkan subjek memikirkan semua haiwan di Montauk bergerak menuju ke bandar, dan ia benar-benar terjadi!Mereka mempunyai kuasa untuk mencipta sesuatu.Masalahnya sekarang apa yang mereka cipta itu hanya dapat bertahan selagi penguat tersebut dalam keadaan ON.Kuasa adalah di antara gigawatt dan terawatt.Sangat-sangat dasyat kuasa yang digunakan.Pusaran itu boleh mempunyai diameter sekitar 5 batu.
S:Bolehkah anda menerangkan ia seperti mana?
J:Ia seperti sebuah terowong berpusar yang aneh bercahaya di sepanjangnya.Anda akan mula melangkah di dalam terowong itu dan secara tiba-tiba anda seperti ditarik ke dalamnya.Anda tidak berjalan menerusinya dalam ertikata sebenar.Anda terlebih atau terkurang didorong menerusinya.Anda akan pergi ke mana saja dalam ruang masa.
S:Bolehkah anda membawa apa jua kembali?
J:Ya
S:Pernahkah anda bawa apa jua kembali?
J:Ya
S:Bolehkah anda menyambung kembali penerangan tentang terowong tersebut?
J:Ya, dinding terowong pejal tetapi beralur-alur.Terowong itu tidaklah lurus tetapi berbentuk seperti alur skru.
S:Jika seseorang mematikan sumber kuasa, adakah anda akan tergantung di tengah-tengah destinasi ruang masa?
J:Ya, anda akan terhenti di situ.
S:Adakah mereka menghantar sejumlah besar kanak-kanak ke dalam terowong itu?
J:Ya,tetapi kami tidak tahu apa tujuan mereka. Mereka kehilangan sejumlah besar kanak-kanak.
S:Apabila di sana ada pintasan masa sejauh anda pergi di masa lampau dengan sejauh di masa depan, adakah segalanya bersifat tetap?
J:Ya,satu dari perkara pertama yang mereka lakukan ialah menghantar rekrut ke masa sekitar 6030 Masehi.Ia selalu pada titik yang sama.Di suatu tempat di dalam bandar yang ditinggalkan di sana ada sebuah tugu diperbuat dari emas padu.Apabila mereka kembali mereka telah ditanya apa yang mereka nampak.Sama ada mereka mengesyaki mendapat jawapan yang berbeza dari seorang ke seorang tidaklah diketahui.Mereka memerhatikan pusaran itu dan memastikan persekitaran mampu menyokong kehidupan sebelum mereka menghantar manusia.Mereka letakkan sampel.
S:Adakah ada potensi di masa depan manusia dapat dihantar ke sana?
J:Tidak,sekali anda membuat perhubungan di masa hadapan, keadaan akan ditetapkan di poin itu.
S:Bolehkah anda mengubah masa kini dengan menghantar seseorang di masa lampau?
J:Ya,anda juga boleh mengubah masa kini dengan menghantar seseorang di masa depan.Di bawah keadaan tertentu.Pihak kerajaan menggunakan mesin masa terwujud untuk pergi ke depan di dalam garis masa Montauk.
S:Adakah anda berkata yang masa kini dapat diubah kerana kita telah mengesahkan pintasan masa menerusi masa depan dan masa lampau?
J:Ya, itu bermakna apa saja seseorang berbuat di antara titik masa lampau dan masa depan yang ekstrem dia akan berbuat selamanya.
S:Apakah jarak masa terjauh yang telah dituju?
J:10,000 Masehi.
S:Jadi,apa jua telah dikunci sehingga 10,000 Masehi?
J:Ya,ia adalah realiti seperti mimpi.Tidak ada seorang pun dapat menyentuh masa depan menjelang 2012 Masehi.Di sana ada tembok yang teguh dengan tiada apa disisi yang sebelah sana.
Ramalan ada mengatakan bumi ini akan berubah sekitar masa itu.Anehkan?
S:Bolehkah anda mewujudkan diri anda 2 jam di masa depan dan menemui diri sendiri?
J:Ya,tetapi itu amat berbahaya.Orang yang berjalan ke dalam terowong itu adalah di luar fasa dengan orang yang berada di hujung yang lain.Ini yang berlaku.Hasilnya orang itu akan terbakar.
S:Adakah mereka memberi anda senjata untuk tujuan melindungi diri anda terhadap apa jua bahaya?
J:Mereka tidak berbuat begitu.Pusaran itu boleh dikawal mengikut orang itu, jadi mereka akan bawa dia balik jika ada sesuatu yang tidak baik.Mereka dapat memantau keadaan itu melalui satu alat pemantau.
Jadi mereka telah mencapai sebuah portal masa yang benar-benar berfungsi.Di satu masa mereka berada di satu situasi di mana mereka mempunyai seekor “raksasa dari ID” dan setiap orang menjadi panik.Mereka mematikan pemancar.Raksasa itu menelan manusia dan peralatan.Mereka perlu ke masa lampau dan mematikan unit di Philadelphia dalam usaha untuk mematikan satu unit di masa depan jadi mereka dapat menghentikan raksasa ini pada tahun 1983.Ini adalah pada bulan Ogos 1983.Pusaran ini dikunci pada ujian 12 Ogos 1943 dan membentuk pintasan/gelung waktu.Semua ini terjadi kerana seseorang telah menempatkan pemikiran dalam minda operator pada alat pemancar untuk menjana makhluk ini.Ini adalah usaha untuk mensabotaj projek tersebut.Ramai orang memikirkan projek ini pergi terlalu jauh.Ketika saya bekerja untuk mereka di antara tahun 1971 dan 1983, saya berasa sangat letih apabila saya pulang ke rumah.Apa yang mereka lakukan ialah tiap kali misi saya selesai,mereka mengembalikan saya ke titik milisaat sebelum saya sempat pergi.Ia akan muncul dari satu perpektif yang saya tidak pernah meninggalkan misi saya.Sudah tentu selepas saya berhenti bekerja di sana, semua telah berhenti.Adakah di sana ada alasan kesemuanya terjadi?
Jika anda kembali ke Eksperimen Philadelphia di akhirnya, yang mana adalah permulaan keseluruhannya, seorang boleh melihat dari cara yang diatur bahawa di sana ada sesuatu kuasa peringkat tertinggi terlibat mengawal segalanya…kerana ia tidak pernah terjadi secara yang ada kecuali dua tarikh yang tidak jelas 40 tahun terpisah bertepatan di antara dua eksperimen:sebuah projek yang dikenali sebagai Eksperimen Philadelphia, atau Projek Rainbow, dalam tahun 1943 dan Projek Montauk tahun 1983.
Jika saya boleh menyelitkan di sini.Di sana ada titik berkenaan 2 suku dari jalan bawah terowong masa di mana seseorang yang pergi menerusi terowong itu menerima bunyi ‘debukan’ yang besar.Kesedaran seseorang akan meninggalkan tubuhnya.Di sana ada kecenderungan untuk melihat sesuatu di atas asas yang lebih lebar.Saya pasti di sana tiada sesuatu yang pintar.Berbalik kepada pengalaman saya, saya pasti tiada kepintaran di sana.Saya menghadapi masalah dengan pengakuan itu.Apa yang mereka buat di Montauk adalah untuk menstabilkan proses persepsi yang terjadi semasa proses terkeluar kesedaran dari tubuh.Mereka cuba memanisfestasikan itu untuk satu alasan.Kami tidak tahu apa tujuan mereka.

S:Apakah peranan makhluk asing di dalam perkara ini,selain prototaip ‘kerusi penguat mental’?
J:Itu adalah bahagian lain dari cerita ini yang kita belum menjelaskannya lagi.
Biarkan kita melihat Eksperimen Philadelphia dari segi teknikal.Itu adalah permulaan dari apa yang berlaku.Ia pada asalnya berbalik pada tahun 1930 di Chicago dengan tiga orang.Dr. John Hutchinson Sr., seorang dekan Universiti Chicago,Nicola Tesla dan Dr. Kurtenaur, seorang ahli fizik Austria yang menjadi staff universiti tersebut.
Mereka membuat keputusan berbuat sesuatu dengan spekulasi berkaitan benda dan orang menjadi halimunan.Subjek ini telah dibincangkan beberapa lama.Mereka telah mendapatkannya bersama dan telah membuat kajian di Universiti Chicago di antara tahun 1931 atau 1932.Pada tahun 1933, Institute of Advance Studies di Princeton telah dibentuk dan projek itu telah dipindahkan ke sana pada tahun 1934. Salah seorang dari staff di institut itu adalah Dr. John Erich Von Neumann, yang datang dari Budapest, Hungary.Beliau telah mendapat ijazah di dalam bidang kimia pada tahun 1925 dan Ph.D di dalam bidang matematik pada tahun 1926.Beliau telah mengajar di Eropah kira-kira 4 tahun dan dipindahkan ke Amerika.Beliau telah mengajar pada peringkat siswazah untuk 3 tahun dan telah dijemput untuk menyertai institut tersebut.
Orang lain yang terlibat di institut itu termasuk Albert Einstein, yang meninggalkan Jerman pada tahun 1930.Beliau telah pergi ke California Institute of Technology untuk 3 tahun dan telah mengajar di sana, kemudiannya telah pergi ke institut itu atas jemputan dan telah menerimanya.Ramai orang telah ditunjukkan terlibat di sana.Projek itu berkembang sekitar tahun 1936.Dalam pada itu, Tesla telah dinamakan sebagai pengarah projek itu.Beliau adalah rakan kepada presiden Franklin Roosevelt, yang ditemui oleh Tesla pada tahun 1917 ketika FDR menjadi setiausaha Tentera Laut.Tesla telah diminta pada masa itu untuk bekerja dengan kerajaan atas keperluan perang, yang mana beliau telah berbuat yang demikian.Beliau telah menerimanya dan menjadi pengarah kepada projek halimunan sehingga dia bersara pada tahun 1942.Pada tahun 1936,selepas kajian yang intensif,mereka berkeputusan untuk mengadakan ujian awal dari keja-kerja mereka.Mereka telah menemui sebahagian sifat halimunan.Tentera Laut dan yang lainnya terdorong untuk meneruskan kerja-kerja tersebut dan Tentera Laut telah membiayai kajian tersebut.
Para saintis telah datang ke Amerika dari Jerman sehingga tahun 1939, ketika perang terhadap Jerman bermula.

Pada tahun 1940,selepas kajian menggunakan pendekatan Tesla,mereka membuat keputusan mereka telah bersedia untuk satu ujian penuh di Brooklin Navy Yard.Mereka mempunyai sebuah kapal kecil dan sebuah kapal tender di setiap bahagian.Satu kapal menyediakan kuasa dan yang lagi satu membekalkan pelancar untuk gelung-gelung.Mereka ditawarkan untuk menguji kapal itu melalui kabel-kabel.Ideanya ialah apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini mereka hanya memotong kabel-kabel itu atau menenggelamkan kapal yang diuji itu.Semuanya berjalan lancar dan ujian itu diisytiharkan berjaya.
Perkara penting tentang ujian tahun 1940 itu adalah di sana tiada seorang pun di atas kapal yang diuji itu.Ia adalah ujian kosong tanpa manusia.Ini adalah sesuatu yang penting disebabkan apa yang berlaku seterusnya.
Orang lain mula menyertai projek itu.Thomas T. Brown telah menyertai projek tersebut atas kepakarannya dalam kesan electrograviti.Beliau mempunyai tugas untuk menyelesaikan masalah periuk api magnetik Jerman yang menjejaskan kapal-kapal Pihak Berikat dan kepentingan Tentera Laut.Ini telah memimpin kepada projek yang sama yang mana terlibat dalam menggunakan gelung degauss dan kabel-kabel untuk meletupkan periuk-periuk api itu jauh dari kapal.
Pihak Tentera Laut mahukan beberapa orang untuk mengawasi ujian-ujian itu.Inilah sebabnya saya terlibat.Atas sebab-sebab teknikal.Mari kita lihat berkenaan Nikola Tesla.

Pada tahun 1879,ayahnya meninggal dunia ketika tahun pertama beliau di kolej tamat.Beliau telah datang ke Amerika pada tahun 1884.Beliau mempunyai pandangan intuisi yang amat hebat.Beliau mempunyai rekod yang amat baik.Sebelum sampai ke Amerika, beliau mengenali Robert Oppenheimer,yang kemudiannya bekerja dengan pembangunan bom atom,dan Dr. David Hilbert,ahli matematik yang menemukan persamaan untuk ‘Ruang Hilbert’,yang mana menjelaskan tentang ruang pelbagai atau realiti pelbagai secara matematik.Persamaan untuk ruang pelbagai ini menjadi amat penting dalam projek ini.Dr. John Von Neumann telah menemui Hilbert pada tahun 1927 dan telah menguasai apa yang dipelajarinya dari tokoh matematik itu.Dengannya,Neumann telah membangunkan satu sistem baru matematik.Von Neumann adalah salah satu ahli matematik paling hebat abad ini.Setengahnya memikirkan beliau lebih hebat dari Einstein.Ahli matematik lain yang terlibat adalah Dr. John Levinson,yang dilahirkan pada tahun 1912.Beliau meninggal dunia pada tahun 1976.Beliau telah menerbitkan 3 buah buku matematik.Tiada sejarah berkenaan Levinson lainnya yang saya dapat ceritakan.Levinson telah membangunkan apa yang dikenali sebagai Persamaan Masa Levinson,dengan semua ini bersama mereka,kelompok ini telah dapat apa yang mereka mahukan untuk projek tersebut.
Selepas kejayaan ujian 1940, Tentera Laut berkeputusan untuk memberikan projek itu pembiayaan tanpa had dan merahsiakan projek itu.Pada 5 Disember 1941,saya telah berada di San Fransisco di mana pihak kerajaan telah memaklumkan kepada saya bahawa perang dengan Jepun akan bermula dalam masa 72 jam dan mereka perlukan saya bagi membantu mereka.Pada Januari 1942,saya telah menamatkan urusan saya di Institute of Advanced Studies.Tesla telah diberikan sebuah kapal dan kru untuk ujian penuh.Tesla telah dapat sebuah kapal perang.Tesla dan Neumann tidak bersetuju akan sesuatu perkara.Tesla berkeras mengatakan mereka mempunyai beberapa masalah dengan orang-orang tertentu.Tesla perlukan lebih masa tetapi Tentera Laut tidak bersetuju.Tesla telah membuat beberapa pengumuman pada lewat 1930an dan awal 1940an berkenaan perhubungan beliau dengan spesis planet lain.Beliau mempunyai hubungan dengan dunia asing,yang bersetuju bahawa ini menimbulkan masalah dengan manusia.Beliau berkeputusan untuk mensabotaj ujian tahun 1942 itu untuk menghentikannya.Beliau telah menyelaraskan peralatan untuk ujian itu untuk membuatkan ia gagal berfungsi.Ujian itu gagal.Tesla kemudiannya menyerahkan projek itu kepada Neumann pada Mac 1942 dan meninggalkan projek itu.

Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane

Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau??Misteri di lembah persembunyian para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan Kesatria Perang Salib yang terkenal itu,The Knight Templar.
Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau,kira-kira 20 tahun selepas Perang Salib Pertama,sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St. Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne
telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru,pada tahun 1118.
Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II,raja Baitul Maqdis ketika itu untuk meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem).Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur.Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah.
Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah Suci,para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak,tidak diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka telah tewas di tangan orang-orang Islam,mereka telah menubuhkan sistem kapitalis atau perbankan,dan bergerak seperti satu militan yang boleh bertindak bebas dari undang-undang sivil mahupun undang-undang gereja.
Kemudian,pihak gereja Katolik telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan Knight Templar dan menghukum para ahlinya.Grand Masternya,Jacques de Molay dan orang-orangnya telah dibakar hidup-hidup sementara para Templar yang lain bertempiaran lari ke Scotland dan ada yang bersembunyi ke selatan Perancis.
Apakah misi mereka sebenarnya?Mengapa pihak Gereja mengambil keputusan menghukum mereka setelah sekian lama membiarkan mereka berbuat sesuka hati?Apakah yang mereka temui di Baitul Maqdis??
Untuk mengetahui mengapa para Templar dibunuh,kita hendaklah mengkaji apakah ketakutan para Biskup dan paderi Gereja Roman Katolik selama beratus-ratus tahun.Kita juga hendaklah mengkaji peranan ‘secret societies’ dan hubungan mereka dengan pihak gereja.Mengapa dahulunya para Templar yang hanya berjumlah sembilan orang,miskin dan kekurangan kuda berubah mendadak menjadi kaya raya,tidak seperti aliran Tentera Salib yang lain seperti Hospitallers (St. John) dan Teutonic.
Kita hendaklah membuka peti ‘harta’ yang dijumpai oleh Knight Tempar ini,yang digelar Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman.
Rahsia Para Templar


SEbelum itu mari kita lihat beberapa pendapat dari pelbagai kajian oleh cendekiawan Timur dan Barat tentang apa yang ditemui para Templar di Jerusalem
*Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman a.s hasil rampasan baginda ke atas golongan Bani Israel yang mengamalkan sihir.
*Para Templar telah menemui ajaran-ajaran dan kitab Kabbalah.
*Para Templar telah menemui True Cross,Holy Grail dan ‘relics’ yang lain lantas menyembunyikannya dari pengetahuan gereja.
*Para Templar telah menemui bukti yang mengatakan Nabi Isa a.s telah berkahwin dan meninggalkan zuriat.
*Para Templar telah menemui kuburan Nabi Isa a.s
*Para Templar telah menemui kuburan Maria Magdalena,dan memindahkannya ke Eropah.
*Para Templar telah menemui ajaran suci Islam lantas memeluknya.
Ada satu pendapat yang dikemukakan oleh beberapa cendekiawan Barat dan Islam tentang rahsia yang ditemui oleh Knight Templar.Pendapat ini jika dipadankan dengan sejarah gereja,’secret societies’ dan Knight Templar itu sendiri akan menemui keserasian dan hampir menyelesaikan teka-teki penemuan Sauniere di Rennes-le-Chateau.
Pendapat mengatakan Knight Templar memeluk Islam adalah pendapat yang agak ekstrem,kerana jika Knight Templar kesemuanya memeluk Islam,pasti ada sumber sejarah,kalau pun sumber Kristian menafikannya,pasti ada sumber sejarah Islam mengesahkannya.Knight Templar adalah tentera Salib yang banyak membunuh orang awam Islam,Yahudi mahupun Kristian yang bersembunyi di gereja.Jadi tentera-tentera Islam banyak menghapuskan mereka dalam peperangan disebabkan sifat zalim mereka yang melampau.Walaupun di dalam peperangan besar seperti Hittin misalnya,Knight Templar ada ditawarkan untuk memeluk Islam,hanya sedikit sahaja yang menerimanya.Dan perlu diingat,ketika kekalahan Tentera Salib di Pertempuran Hittin,para Templar yang berkubu di sepanjang Syria dan Cyprus bertempiaran lari balik ke Eropah selepas mengetahui Tentera Salahuddin akan mengejar mereka.
Sebelum kita menyiasat rahsia para Templar,kita ikuti sejenak situasi peperangan terbesar dan terdasyat di antara Tentera Salib dan Tentera Islam (suasana peperangan inilah yang menginspirasikan situasi perang antara tentera Aragon dan Sauron dalam The Lord of The Rings) iaitu Pertempuran Hittin,di mana para Templar turut serta di dalamnya.
Pertempuran Agung Hittin 1187
Pertempuran Hittin atau Hattin yang meletus di sebuah tempat berdekatan Tiberias kini dalam wilayah Israel. Kawasan tersebut turut dikenali sebagai “Tanduk Hattin” kerana terdapat 2 buah bukit berdekatan tempat tersebut. Pertempuran antara tentera Islam dan angkatan Salib Eropah berlangsung di tempat pada hari Sabtu, 4 Julai 1187.
Angkatan Salib yang menguasai Baitul Maqdis bertindak menghalang kemaraan tentera Islam dinasti Ayyub di bawah Saladin (Sultan al-Nasir Salahuddin al-Ayubi). Tujuan tentera islam menyerang kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah.
Latar belakang Perang Hittin
Guy Lusignan menaiki takhta sebagai pemerintah Kristian Baitul Maqdis pada tahun 1186 kerana beliau mengahwini Sibylla. Hal ini terjadi selepas kematian anak lelaki Sibylla yang bernama Baldwin V merupakan pewaris tetap kerajaan Kristian Baitul Maqdis. Sibylla berkahwin dengan suami pertamanya William dari Montferrat.
Pada masa itu kerajaan Kristian Baitul Maqdis dibahagikan antara “kumpulan mahkamah” yang dipimpin oleh Guy dan Sibylla serta pendatang baru dari kalangan negara Eropah lain seperti Raynald Chatillon, Gerard Ridefort dan Knights Templar. Kumpulan kedua pula dikenali sebagai “kumpulan pertuanan” yang diketuai oleh Raymond III dari Tripoli yang merupakan raja muda bagi pewaris Baldwin V. Kumpulannya telah bangkit menentang pewarisan Guy yang tidak diiktiraf oleh mereka.
Raymond III dari Tripoli yang melihat bahawa beliau adalah pewaris utama di kalangan bangsawan yang paling layak memegang takhta tersebut bergegas ke Baitul Maqdis untuk membuat bantahan kepada Guy dan Sibylla. Raymond III yang menentang arus melalui bahagian atas Lembah Sungai Jordan menuju ke Tiberias bagi menghalang Guy yang ingin mengepung Tiberias.
Kemaraan Guy tersebut dianggap satu pencerobohan dan situasi menjadi tegang hingga hampir mencetuskan peperangan terbuka di antara Raymond dan Guy. Guy yang hendak mengepung Tiberias secara sengaja sedangkan sebuah kubu pertahanan adalah di bawah penguasaan Raymond III melalui isterinya iaitu Eschiva, puteri Galilee. Namun perang tersebut berjaya dihalang melalui campur tangan oleh penyokong Raymond iaitu Balian dari Ibelin.
Sementara itu juga wilayah-wilayah Islam di sekitarnya pernah bersatu sepanjang tahun 1170-1180 oleh Saladin. Saladin telah dilantik sebagai gabenor Mesir pada tahun 1169 dan tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai Sultan. Pada tahun 1174, beliau berjaya menguasai kota Damsyik, kuasanya meluas ke kota Aleppo (Halab) pada tahun 1176 dan seterusnya ke kota Mosul pada tahun 1183.
Buat pertama kali, wilayah Kristian Baitul Maqdis sedang dikelilingi oleh wilayah Islam yang berjaya disatukan di bawah seorang pemerintah Islam. Angkatan Salib berjaya mengalahkan pasukan tentera Saladin dalam pertempuran Montgisard berdekatan Ramlah, Palestin pada tahun 1177. Pada awal tahun 1180-an kedua belah pihak menandatangani perjanjian damai. Namun perjanjian tersebut dikhianati oleh pasukan Kristian bawah pimpinan Raynald yang menyerang jemaah haji Muslimini dan beliau sendiri bertindak mengancam untuk menyerang Makkah dengan pasukannya.
Apabila Guy menjadi raja, Raymond membuat satu perdamaian berasingan dengan Saladin, dan pada 1187 beliau telah membenarkan Sultan menghantar askarnya di bahagian utara wilayahnya. Pada masa yang sama, satu pasukan diplomatik telah dihantar dari Baitul Maqdis ke Tripoli bagi membuat rundingan penyelesaian antara Raymond dan Guy. Pasukan diplomatik ini telah ditewaskan dalam pertempuran Cresson pada 1 Mei 1187, oleh satu pasukan kecil di bawah pimpinan al-Afdal iaitu anak Saladin. Raymond segera berdamai dengan Guy dan berusaha mengumpulkan keseluruhan tenteranya untuk berarak ke utara untuk bertemu dengan tentera Saladin.
Selepas keadaan kembali tenang, Raymond dan Guy bertemu di Acre (Akka) dengan gerombolan angkatan tentera Salib yang lebih besar. Menurut beberapa sumber dari Eropah ia mengandungi 1,200 orang kesatria dalam bilangan pasukan berkuda yang ringan dan berkemungkinan mengepalai lebih 10,000 askar pejalan kaki.
Bilangan itu tidak termasuk pasukan pemanah upahan daripada armada dagang Itali yang sering memberikan bantuan kepada angkatan perang Salib serta sejumlah besar askar upahan yang mencari wang termasuk etnik Turk Byzantin di bawah dana derma oleh Henry II dari England. Pasukan yang turut sama menyertainya adalah peninggalan pihak Salib yang dipimpin oleh Uskup Acre (Rahib Kristian Akka, Syria) yang berada di situ sebagai ganti kepada Patrik (Patriarch) Heraclius yang sedang sakit.

Pada 2 Julai, Saladin yang cuba menjerat Guy telah menggerakkan tenteranya keluar dari Saffuriya (Sephoria) pada musim bunga dan secara peribadi mengetuai satu pengepungan kubu milik Raymond di Tiberias. Manakala angkatan tentera Islam utama masih kekal berada
di Kafr Sabt. Angkatan Salib yang berada di barisan hadapan pasukan Tiberias cuba untuk ‘membayar’ Saladin agar mengundurkan pasukan tenteranya. Beliau enggan menerimanya dan menyatakan kepada mereka,
“Apabila sesebuah rakyat itu mulai menyedari bahawa mereka hanya mempunyai lawan yang satu. Sesiapa pun tidak boleh menjerat atau menipu mereka, malah mereka tidak akan cepat berpuas hati dengan penghormatan (pangkat) yang cuba diberikan. Jika itu berlaku, mereka akan takut terjadinya perang yang mungkin mengorbankan diri mereka dan mereka akan meminta sebahagian harta tersebut untuk diri mereka… tetapi hamba yang ikhlas berkhidmat pasti menghunuskan pedang bagi memisahkannya di antara mereka.”
Kubu tersebut jatuh pada hari yang sama. Sebuah menara pertahanan Kristian berjaya dirobohkan dan apabila tenteranya bertempiaran lari, askar-askar Saladin menyerbu dan membunuh askar Kristian yang masih bertahan dan menawan sebahagian besar daripada mereka sebagai banduan. Isteri Raymond iaitu Eschiva yang masih bertahan telah dikepung di dalam kubu pertahanannya. Sewaktu mereka bersiap untuk menggempur kubu pertahanan terakhir itu, berita telah diterima oleh Saladin bahawa Guy sedang menggerakkan angkatannya tenteranya ke bahagian timur sebagai umpan.
Keputusan Guy untuk meninggalkan benteng pertahanannya sebagai satu usaha menyelamatkan dan mempertahankannya adalah satu hasil perbincangan para panglima perang Salib pada malam 2 Julai. Walaupun ada laporan yang telah diputuskan pada mesyuarat ini merupakan pandangan berat sebelah akibat persengketaan peribadi antara pemerintah angkatan Salib. Ini memperlihatkan bahawa Raymond sendiri terpaksa melaksanakan satu ekspedisi tentera yang digerakkan dari Acre ke Tiberias yang tidak sepatutnya dilakukannya di saat genting tersebut.
Namun taktik Saladin ini amat bertepatan dengan apa yang beliau mahukan. Manakala kota Sephoria adalah satu kedudukan yang begitu kukuh bagi pihak tentera Salib mempertahankannya dan amat sukar untuk dikalahkan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Saladin.
Tambahan pula, Guy tidak sepatutnya bimbang tentang pertahanan kota Tiberias kerana Raymond menguasainya secara peribadi dan bersetuju untuk meninggalkannya demi keselamatan negerinya yang lebih luas. Sebagai respon untuk hujah ini, walaupun perdamaian
sesama mereka berlangsung dalam situasi genting ini dan dilihat pihak kumpulan mahkamah yang diketuai Guy lebih dominan dalam arena politik saat itu, maka Raymond telah dianggap pengecut oleh Gerard dan Raynald.
Impak dari keputusan tersebut membuatkan Guy bertindak merancang serangan pantas terhadap pihak Saladin. Guy mengarahkan kepada pasukan tenteranya agar mara untuk menentang angkatan tentera Saladin di Tiberias. Apa yang telah dirancang oleh Saladin dengan begitu teliti telah menjadi. Saladin merancang agar pertempuran terbuka dengan pihak angkatan Salib adalah lebih mudah daripada mengalahkan mereka yang berada dalam kubu pertahanan yang kukuh.
Pertempuran
Angkatan Salib yang bergerak dari kubu kota Sephoria pada 3 Julai di bawah pimpinan Raymond yang berada di barisan paling hadapan bersama Guy, Balian, Raynald serta para panglima perang Salib. Pasukan besar itu sentiasa berada di bawah pantauan berterusan daripada askar peninjau berkuda Islam. Pada tengah hari pada hari itu, tentera Salib yang baru sampai ke sebuah kampung di Turan sejauh enam batu (10 km) daripada Sephoria. Di sini, menurut Saladin,
“Burung-burung helang dari infantri Salib dan helang pasukan berkuda mereka bakal mengepak-ngepak di sekeliling air (kerana kehausan).”
Tempat tersebut masih berada sejauh batu sembilan (14 km) dari kota Tiberias. Oleh itu, dengan hanya satu setengah hari perjalanan sebarang percubaan untuk meninggalkan sumber air ini pasti membawa kemusnahan bagi mencari objektif lain pada hari yang sama. Situasi genting begini bakal mengundang serangan tentera Saladin pada bila-bila masa sahaja.
Apabila Saladin tiba selepas mengambil alih sepenuhnya kota Tiberias dan selepas tentera Salib bersiap meninggalkan perkampungan Turan kedua belah pihak bertemu. Tentera Islam memulakan serangan mereka dengan bersungguh-sungguh. Saladin menghantar dua sayap
tenteranya menggempur pasukan tentera Salib dan berjaya merampas perkampungan Turan dan mampu menyekat pengunduran angkatan Salib secara menyeluruh. Taktik ini akan memberikan Saladin kemenangan dalam pertempuran yang lebih besar.
Dalam pertempuran yang masih berlangsung berikutnya, barisan belakang angkatan Salib terpaksa berhenti oleh serangan bertali arus oleh tentera Saladin. Serangan beterusan itu mengakibatkan mereka terpaksa menghenti-hentikan pengundurannya hingga keseluruhan tentera Kristian berada di dataran tinggi. Mereka terpaksa bertahan dan membina kem sementara yang terkepung di dataran tersebut oleh tentera Islam. Mereka dalam keadaan tertekan kerana tidak mempunyai bekalan air ataupun sebarang harapan untuk menerima bekalan bantuan makanan atau ketenteraan.
Behe al-Din meringkaskan dalam catatannya mengenai keadaan tentera Salib yang semakin tertekan: “Mereka seolah-olah berada dalam satu gelung, sambil tetap terus berkawat seolah-olah mereka menantikan kematian yang mereka boleh lihat sebelum kejadian itu berlaku ke atas diri mereka. Apa yang pasti bagi mereka ajal maut dan kemusnahan bakal menimpa diri mereka dan mereka sememangnya sedar bahawa hari berikutnya itu mereka pasti akan melawat terlebih dahulu di kuburan mereka.”
Pada pagi 4 Julai, tentera Salib telah dikaburkan oleh asap-asap unggun bakaran oleh askar Saladin yang cuba menambah lagi kesengsaraan tentera Salib yang kelaparan dan kehausan. Dalam situasi kekalutan tersebut, pasukan berkuda Islam membuat serangan dengan memanah mereka dengan 400 muatan anak-anak panah yang telah disiapkan sepanjang malam tersebut. Gerard dan Raynald yang tidak keruan menasihatkan Guy untuk membentuk pasukan penyerang dan terus melakukan serangan balas sebagaimana yang dibuat oleh abang Guy iaitu Amalric II.
Raymond memimpin bahagian pertama bersama-sama dengan Raymond dari Antioch iaitu anak lelaki kepada Bohemund III dari Antioch. Manakala Balian dan Joscelin III dari Edessa membentuk barisan pertahanan di garisan belakang. Sedang persiapan telah diatur rapi, lima
daripada kesatria Raymond III telah berpaling tadah kepada Saladin. Mereka memberitahu kepadanya bahawa pihak Kristian berada dalam keadaan ketakutan di khemah mereka menantikan serangan. Situasi penuh dahaga di bawah bahang panas mentari yang semakin terik, semakin mematahkan semangat pihak angkatan Salib.
Beberapa pasukan mula mengatur langkah dengan kelompok yang berpecah-pecah untuk mencari mata air di sekitar medan Hittin. Malangnya, pasukan yang kecil-kecil dan berpecah daripada pasukan besar dengan mudah diserang oleh tentera Saladin dan menghalang mereka membuka laluan dan membuat operasi pengunduran ke kawasan yang lebih selamat.
Keadaan semakin gawat ini telah memaksa Raymond melancarkan dua operasi besar sebagai satu percubaan untuk menerobos ruang untuk mendapatkan bekalan air di laut. Saat genting ini dia ‘hampir’ berjaya disekat dari pasukan tentera utamanya dan terpaksa berundur semula.
Langkah paling mudah bagi infantrinya ini adalah dengan bergerak ke kawasan ‘tanduk’ Hittin yang lebih tinggi. Guy terus mencuba dengan melemparkan khemah-khemahnya bagi menghalang pasukan berkuda Islam menghampiri pasukan mereka.
Namun, infantrinya tanpa sebarang perlindungan tidak berjaya menghalang serangan pasukan berkuda Islam itu, ditambah dengan pasukan pemanah Islam yang terus menerus menyerang posisi mereka.
Tentera Salib berundur ke Tanduk Hittin
Kedudukan mereka yang kian terkepung walaupun telah mencuba beberapa operasi serangan balas pada kedudukan Saladin. Namun, mereka dapat juga dikalahkan pada akhirnya. Saksi dalam situasi ini dinyatakan oleh anak lelaki Saladin sendiri bernama al-Afdal. Kenyataan beliau telah dipetik oleh Ibn al-Athir:
“Apabila raja mereka (Guy) sampai ke bukit bersama pasukannya itu, mereka telah melancarkan satu serangan ganas kepada tentera Islam. Situasi ini memaksa mereka untuk bersama-sama berundur ke posisi ayahanda saya (Saladin). Saya melihat ke arahnya dan dia memusingkan wajahnya yang tidak keruan dalam keadaan pucat sambil memegang janggutnya…. Kemudian tentera Islam menyusun semula pasukan dan kembali membalas serangan kepada angkatan Salib yang bertahan di kawasan berbukit.”
“Apabila saya melihat mereka berundur dan tentera Islam mengejar mereka, saya menjerit dalam kegembiraan: “Kita berjaya mengalahkan mereka.” Tidak lama kemudian pihak tentera Salib sekali lagi membuat serangan balas sebagaimana mereka telah melakukannya sebelum ini. Pasukan tentera Islam kembali mundur hingga sampai ke barisan yang diduduki ayahanda saya. Kemudian pasukan Islam menyerang semula ke atas pasukan mereka dan memaksa mereka kembali ke kedudukan mereka di atas bukit. Saya menjerit sekali lagi: “Kita berjaya mengalahkan mereka.” Ayahanda saya berpaling kepada saya seraya berkata: “Lebih baik diam! Kerana kita tidak akan dapat mengalahkan mereka sehingga khemah itu (Guy) tumbang.” Sebaik sahaja Saladin bercakap sedemikian, khemah merah yang diduduki oleh Guy telah pun berjaya dirobohkan.”
Kesemua pihak pemerintah Salib yang berada di situ berjaya ditangkap dan sebilangan lagi terbunuh dalam pertempuran tersebut. Apa yang jelas, daripada catatan sejarah melaporkan bahawa Guy, abangnya Amalric II, Raynald, William V Montferrat, Gerard de Ridefort, Humphrey IV Toron, Hugh Jabala, Plivain Botron, Hugh Gibelet, dan sebahagian lagi berjaya ditawan. Berkemungkinan hanya 3,000 orang tentera Kristian yang terselamat dalam pertempuran tersebut daripada 20,000 orang. Raynald dibunuh sendiri oleh Saladin kerana dengan biadab mengaku menyerang dan mengkhianati perjanjian yang dimeterai dengan pihak kerajaan Islam.
Pada hari Ahad bersamaan 5 Julai Saladin menuju ke arah Tiberias dalam enam batu (10 km) dari situ. Sewaktu di sana, Eschiva secara sukarela menyerah diri dan kubu pertahanannya. Beliau telah dilepaskan pergi ke Tripoli dengan semua ahli keluarganya, pengikut, dan hamba miliknya.
Pada Isnin bersamaan 6 Julai, dua hari selepas pertempuran itu pasukan Saladin berjaya menangkap Kesatria Templar dan Hospitaller. Mereka ditawarkan untuk memeluk Islam, menurut Imad al-Din, hanya segelintir sahaja yang menerimanya. Walaupun mereka yang menganutnya hanya segelintir namun mereka menjadi seorang Islam yang baik akhlaknya.
Knight Templar dan ‘Secret Societies’

Pendapat popular tentang Knight Templar ialah kaitan mereka dengan ‘secret societies’ seperti Freemason dan Priory of Sion.Priory of Sion mungkin nama komersil yang digunakan,tetapi sebenarnya ia membayangi satu lagi kelompok rahsia yang benar-benar wujud,iaitu Rosicrusian.Kaitan di antara para Templar dan Freemasonry amat menarik sehinggakan terdapat darjat dan lodge di dalam Freemasonry didedikasikan kepada nama Knight Templar.Siapakah sebenarnya Knight Templar ini?Apa hubungan mereka dengan Freemasonry?
Kata kunci kepada Knight Templar dan Freemasonry tidak boleh tidak adalah,KABBALAH.
Sebenarnya,Knight Templar adalah satu lagi ‘secret societies’ yang ditubuhkan untuk satu misi rahsia di Jerusalem (Baitul Maqdis).Mereka bukanlah baru belajar dan mengetahui tentang ajaran sesat Kabbalah selepas Perang Salib,tetapi merekalah para rahib Kabbalah dari kalangan orang-orang Eropah yang menyertai kultus penyembah Iblis.’Kuil Sulaiman’ yang dicantumkan ke dalam nama rasmi mereka Pauperes commilitones Christi Templique Salomonis,atau “Poor Fellow-Soldiers of Christ and the Temple of Solomon” adalah berkait rapat dengan organisasi kelompok rahsia mereka.’Kuil Sulaiman’ bukanlah identiti orang-orang Kristian jika hendak membincangkan Holy Land.Lebih meyakinkan jika mereka meletakkan nama seperti Church of the Holy Sepulchre atau Jesus’s Tomb atau True Cross jika hendak mengaitkan destinasi bagi tujuan misi mereka.’Kuil Sulaiman’ adalah lebih dekat dengan orang-orang Yahudi,yang mengimpikan Solomon’ Temple mereka dapat dibina kembali di atas runtuhannya yang beberapa kali dimusnahkan oleh raja-raja yang menjajah mereka seperti Nebuchadnezzar dari Kerajaan Babilon dan Titus dari Kerajaan Rom.’Kuil Sulaiman’ adalah salah satu lambang dalam Freemasonry,dan memang tujuan mereka untuk merampas Holy Land bagi melaksanakan agenda tersembunyi mereka.Tetapi ada satu misi terahsia Knight Templar dan misi ini bercampur baur antara kehendak gereja dan kelompok rahsia yang berusaha untuk mengawal gereja.Untuk memilih ‘kunci’ yang tepat bagi membuka peti harta Knight Templar ini,kita juga mestilah mengkaji sejarah gereja dan apa yang menakutkan mereka selama ini.
Gereja Roman Katolik adalah sebuah institusi Kristian yang mempercayai prinsip-prinsip Kristian yang termaktub secara rasmi setelah Persidangan Nicea.Sebenarnya di dalam dunia Kristian,terdapat beberapa lagi institusi selain Katolik seperti Gereja Ortodoks,Gereja Protestan,Gereja Mormon,Gereja Timur dan Gereja Koptik Mesir.
*Gereja Ortodoks Rusia
Tetapi Gereja Roman Katolik adalah aliran yang dominan dan majoriti dalam dunia Kristian.Gereja Roman Katolik umumnya terkenal dengan kepercayaan Trinitinya iaitu mempercayai Nabi Isa a.s adalah sebati dengan Tuhan dan beliau juga adalah salah satu dari tiga entiti ‘Tuhan’ (Triniti) selain Tuhan Bapa dan Roh Kudus.Ini adalah kepercayaan pokok dalam Kristian aliran Katolik.Sejak beratus tahun Paus dan para Biskup mempertahankan kepercayaan ini dengan melancarkan pelbagai ‘Perang Salib’ seperti Perang Salib Albigensian ((1208-1229), oleh Paus Innocent III,Pengepungan Cathar di Montsegur 1243 dan lain-lain termasuk Perang Salib yang ‘teragung’ menentang orang-orang Islam.
Persoalannya adakah kepercayaan Triniti sebenarnya adalah ajaran Nabi Isa a.s atau satu ajaran lain yang diada-adakan?Ini adalah satu misteri yang kadangkala tidak dapat dijawab oleh paderi sendiri.Kerapkali jawapan yang diberi,ia tertulis dalam Bible.Adakah benar-benar ia wahyu datang dari Tuhan?Adakah Bible benar-benar menuliskannya begitu sejak dari era Jesus dan para sahabatnya?Adakah Bible (Bible yang dipakai oleh Gereja Katolik sekarang) itu sendiri adalah Bible yang asal,yang ada di tangan Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun?? SEBENARNYA TERDAPAT BANYAK LAGI BIBLE YANG LAIN,seperti Didache,Barnaba,Thomas dan Mathias (sekadar menyebutkan beberapa nama).Bible yang lain ini dianggap palsu,menyimpang,tidak asli atau dongeng.Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau Apocrypha.Bible yang diiktiraf ialah empat Bible yang ditulis oleh Matthew, Mark, Luke, John;digelar Canonical Bible atau Injil Kanonik.SEbenarnya Bible yang empat itu bukanlah yang asli,malah ia adalah tulisan kompilasi oleh penulis-penulis Injil itu sendiri.Bible yang dijadikan rujukan Bible yang empat itu asalnya bertulisankan Greek dan bukannya Aramaik (iaitu bahasa Nabi Isa dan para sahabatnya).Dimanakah kitab-kitab Injil yang berbahasa Aramaik itu pergi??Setidak-tidaknya berbahasa Yahudi (Hebrew/Ibrani)??PADA UMUMNYA TIDAK ADA PADA HARI INI.Bible ditulis dalam banyak bahasa dan penafsiran yang pelbagai.Tidak ada satu pun Bible yang tertulis seperti mana asalnya ditangan Nabi Isa a.s atau para sahabatnya itu sendiri.Tidak seperti AlQuran,AlQuran pada hari ini adalah AlQuran 1400 tahun dahulu,tidak berubah ayat atau makna sedikit pun.Kita perlu belajar sejarah Bible,untuk menghidu ketakutan para paderi Katolik seterusnya mencari kunci yang sesuai untuk membuka peti harta karun Knight Templar.
Sejarah Bible


(Dalam perbincangan dibawah kadangkala Nabi Isa disebut ‘Jesus’ secara bergantian)
Bible atau Kitab Perjanjian Baru adalah suatu Kitab Greaco (Yunani),
dialek Koine, yang dikarang dan ditulis di luar Palestin;
jadi bukannya dalam bahasa Aramaik yang digunakan dan
difahami di Palestin pada masa itu oleh Nabi Isa a.s,
para Hawariyyun dan awam.
Sebenarnya Perjanjian Baru tidak merupakan suatu Kitab, tapi
hanya karangan-karangan, surat-surat kiriman dan
catatan-catatan terpisah dalam bahasa Yunani dan Aramaik
hingga menimbulkan beraneka tafsir yang bertentangan;
terutamanya sekitar entiti Jesus,dan bukan
ajarannya.
Contohnya,surat-surat dari Paulus ditulis antara tahun 50 M
dan 54 M (semua tahun selepas ini adalah dalam Masehi)
dari Korintus dan Epesus kepada orang-orang
Tesalonika, orang-orang Korintus, orang-orang Galatia dan
orang-orang Rom. Pada tahun 58 dari Rom kepada orang Pilipi
dan Kolose. Pada tahun 65 surat kepada orang-orang Ibrani
(katanya oleh Paulus). Pada tahun 75 disiarkan bentuk awal
Injil karangan Markus. Pada tahun 79 disiarkan Injil Matius.
Pada tahun 90 Synode di YAMNIA mengakui Kitab Suci Yahudi,
iaitu Wasiat Yang Lama menurut tradisi (orang Yahudi
Diaspora). Pada tahun 95 disiarkan Kitab Wahyu. Pada tahun
105 disiarkan Kitab Kisah Perbuatan Rasul-rasul karangan
Lukas yang terdiri dari 2 jilid dan kemudian dijadikan satu
karya. Terdorong oleh Kitab Kisah Rasul-rasul tersebut,
mungkin juga dimulai oleh Gereja Epesus, dihimpunlah pada
tahun 110 surat-surat kiriman Paulus.

Muqadimah penyusun ditulis atas nama Paulus, oleh kerananya kemudian disebut
Surat kepada orang Epesus. Pada tahun 115 disiarkan Surat
Yang Pertama dan Kedua kepada Timotius dan Titus atas nama
Paulus, dan barangkali juga dalam tahun itu Surat yang
Pertama dari Yohanes. Pada tahun 117 mungkin disiarkan Surat
Yang Kedua dan Ketiga dari Yohanes- Pada tahun 135 disiarkan
Injil karangan Yahya dan Surat dari Barnabas. Antara tahun
145 hingga 155 terdapat banyak tulisan suci yang tak
diketahui atau diragukan pengarangnya dan yang kemudian
disisihkan, disingkirkan (APOCRYPHA). Bahasa dari aneka
tulisan-tulisan di atas adalah dalam bahasa Greaco dan/atau
dalam bahasa Aramaik, hal yang menimbulkan perbedaan tafsir,
faham dan keyakinan antara para Biskup Barat dan Timur.
Oleh karena permusuhan yang timbul dan perbedaan keyakinan
sebagaimana terurai di atas, terasa perlu benar oleh Emperor
Constantine I demi ketenteraman untuk menyelenggarakan suatu
persidangan, yaitu suatu ECUMENICAL COUNCIL (yang pertama kali)
pada tahun 325 di NICAEA (kini Isnik di Istanbul). Kemudian
banyak lagi council atau synode menyusul; yang “Ecumenical”
jumlahnya hingga tahun 1869 ada 20 atau 21 kali.
Gereja Timur Ortodox Yunani mengakui 7 yang pertama (dari
tahun 325 s/d 787), dan Gereja Roman Katolik mengakui 14
Ecclesiastical/Ecumenical Council dari yang pertama. Council
Nicaea dihadiri oleh 220 Biskup dari Barat dan Timur. Yang
dibicarakan hanyalah soal-soal mengenai lman, Kebaktian, dan
sebagainya. Yang terpenting adalah soal Ke-Esaan Tuhan
menurut faham Yahudi dan Syirk, yaitu kepercayaan Goyim
(yakni bukan-Yahudi, maksudnya Hellenisme dan aneka mytology
bangsa-bangsa Jahiliya), dan kemudian antara Unitarian dan
Trinitarian
Paulus yang berbicara bahasa Yunani dan tidak faham Aramaik,
mengakibatkan ia memberi bentuk baru pada ajaran Yesus yang
mudah dan indah dengan memasukkan aneka unsur gnostik,
hal-hal ajaib dan mistik dari agama dan kebudayaan Yunani Kuno
(Hellenisme); seperti misalnya soteriology-faham pembebasan
penebusan dosa. Sistesis inilah yang kemudian menjadi
pertengkaran antara paderi-paderi di mana pelbagai gereja
(Paulinisme) ke luar sebagai pemenang.
Menurut theolog A. Powell Davies dalam bukunya “The First
Christian,” terbitan “The New American Library” – A Mentor
Book:
“Paul reshaped the faith of the early Messianic believers into a gospel of salvation for the Gentiles.”
Paulus dibenci oleh Ummat Yahudi sebagai pengkhianat bangsa,
dituduh oleh orang-orang Rom sebagai pengkhianat
Kekaisaran dan tidak dipercaya lagi, baik oleh para Hawariyyun
maupun orang suci; tetapi ia merupakan seorang yang
menentukan perkembangan ajaran Gereja-gereja.
Semula anggota Timur lebih banyak, kemudian anggota Barat
lebih banyak pada pelbagi majlis atau Synode dan untuk
beberapa waktu keputusan-keputusannya tidak diterima oleh kedua
belah pihak.
Pada tahun 341 dalam suatu perjumpaan di Antioch (Antakia)
Monotheisme diterima, dan kembali jadi agama rasmi sebagai
tafsir yang benar dari Iman Nasrani. Pendapat ini dikuatkan
oleh suatu majlis pada tahun 351 yang terjadi pada masa
Paus St. Julius I (337 – 352).

Paus Honorius I (625 – 638) menolak faham Triniti. Pada
tahun 680, jadi setelah kematiannya, beliau di-anathema (yakni
dilaknat) dalam suatu majlis di Konstantinopel. Photius,
Biskup Sirmium, diturunkan kerana menolak Ketuhanan Jesus di
Konstantinopel pada tahun 869
Ada Paus dan Kaisar yang menganut faham Keesaan Tuhan,
tetapi ada juga yang menganut faham Trinitas. Para Biskup
yang menolak Trinitas dianiaya, dipenjarakan, dibuang,
dibunuh dan lain sebagainya; perpustakaannya, aneka
manuskripnya dibakar habis, apalagi yang berbahasa Aramaik.
Hal ini sama dengan buku-buku ilmu lain yang berbahasa atau
berhuruf Arab yang dijadikan abu ketika orang-orang Spanyol
menang atas kaum Muslimin di semenanjung Iberia pada abad
ke-XIV dan ke-XV. Asli dari pada Septuaginta, Kitab Ezra,
Talmud, dan bergerobak-gerobak kodex yang berisi
Monotheisme dibakar habis. Begitu pula jika penganut
Unitarian menang, dimusnahkan segala yang menyebut
Trinitaran. Sedikit yang ada kini adalah sisa-sisa dari
salinan-salinan.
Antara yang lolos selamat adalah Injil karangan Barnabas,
seorang Hawariyyun yang monotheist dan yang menubuatkan
kedatangan Nabi Muhammad S.A.W.; Injil ini pada tahun 383
oleh Paus St. Damasus I (366 – 384) disimpan di perpustakaan
peribadinya.
Toland berkata dalam bukunya “MISCELLANEOUS WORKS” yang
diterbitkan pada tahun 1747, Juz I halaman 380, bahwa Injil
Barnabas masih ada. Dalam Bab XV disebut bahwa GLASIAN
(Gladian) DECREE tahun 496 memasuki “Evangelium Barnabe” ke
dalam daftar buku-buku yang terlarang dibaca. Sebelumnya
Paus Innocent telah mengharamkan pada tahun 465; juga
keputusan Gereja-gereja Barat pada tahun 382. Tidak disebut
apakah Injil Barnabas yang asli itu tertulis dalam bahasa
Aramaik atau Yunani.
Khutbah Nabi Isa a.s di Bukit (The Sermon on the Mount)

Ada dua saduran dari ucapan ini, satu di Kitab Injil
karangan Matius dan yang satu lagi di Kitab Injil karangan
Lukas. Kedua saduran ini tidak sama. Periksa dan
bandingkanlah MATIUS 5, 6 dan 7 dan LUKAS 6: 17 – 49.
Sebagaimana diketahui Jesus berbahasa Aramaik, dan naskah
ajarannya dalam bahasa ini sudah tidak ada lagi, dan menurut
para sarjana tidak mungkin ditemukan lagi. Dapat dikatakan
bahwa naskah itu adalah Injil Jesus yang asli, yang
tersimpan oleh saudaranya seibu, Yakub, Ketua Jemaah, di
mihrab Masjid Al-Aqsa di Jerusalem. Pada tahun 62 Yakub
terbunuh atas perintah Ananas, Imam Besar Yahudi.
Pemberontakan (67-70) melawan orang Rom berakhir dengan
dibumiratakannya Jerusalem.

Perlu ditekankan bahwa pengikut sejati dari ajaran Jesus ini
adalah dari pada Bani Israil (Yahudi). Mereka dinamakan
“Nazoreans (Nazarenes, Nasarah)” taat kepada syari’at Nabi
Musa a.s., percaya bahwa Jesus, putera gadis Mariam a.s.,
adalah Al-Masih. Mereka merupakan suatu jemaah, suatu aliran
tasawuf yang mirip sekali, menurut hasil penyelidikan Dead
Sea Scrolls, dengan tarekat kaum Essenes. Mereka tidak
bergereja dan bukan Kristian, bahkan dikafirkan kemudian oleh
kaum mualaf (yang baru memeluk) Nasrani yang mendewakan Yesus laksana “Penebus
Dosa.”
Kitab Injil dikatakan (kerana tiada bukti) karangan
Matius tersiar kira-kira pada tahun 79. Matius (Ibrani:
Mattihyah; artinya “anugerah Ilahi”), putera dari Alpius,
seorang Yahudi yang berbahasa Aramaik (semula pemungut cukai
dari Kapernaum) adalah hawari (discipel) dari Jesus.
Autograph dalam bahasa Aramaik dari karangannya yang kemudian
disebut Injil, tidak ada lagi. Hanya ada codices dalam
bahasa Greek-Koine, yaitu bahasa Yunani sehari-hari,
salinan-salinan dari yang lain-lainnya.
Tidak diketahui siapa penterjemahnya dan para penyalinnya.
Adapun Kitab Injil Lukas, karangan
Lukas ini tersiar kira-kira antara tahun 145 – 155. Lukas,
seorang mualaf Kristian berasal dari Greek yang tidak berbahasa Aramaik, adalah
ahli perubatan dan kawan dari Paulus. Lukas tidak kenal Jesus.
Autograph dari tulisannya yang kemudian disebut Injil, pun
tidak ada. Hanya terdapat salinan-salinan dari
salinan-salinan yang berlainan.
Siapa para penyalinnya tidak diketahui pula
Dari kedua saduran tersebut dapat dinilai betapa tingginya
ajaran akhlak dari Yesus.
Perlu kiranya diterangkan di sini bahwa menurut segala
kamus, Tuhan adalah God dan Heer adalah Tuan. Dalam Bijbel
naskah Belanda dan Inggeris disebut Heer dan Lord, akan
tetapi dalam naskah Melayu/Indonesia diterjemahkannya Heer, Lord
dengan Tuhan; hingga bila diterjemahkan kembali menjadi God;
hal mana menyesatkan pembaca dan meng-ilahkan Jesus. Tidak
disebutnya God Jezus, tetapi Heer Jezus, iaitu sama seperti sebutan ‘Sayidina’
(Tuan Kami) dalam tradisi Islam.Jadi ia sepatutnya disebut Tuan Isa. Jelaslah pula dengan kata Bapaku dan Bapamu
dimaksudnya Allah, tanpa perbedaan antara kedua Bapa itu.
Jesus sendiri menyebut dirinya Anak Manusia. Ketahuilah
bahwa dalam bahasa-bahasa Semit, tidak dikenal huruf besar,
huruf kapital (hoofdletter)

Pendeta Dr. A.P. Davies menguatkan apa yang tersebut di atas
di dalam bukunya “The First Christian” pada halaman 128,
begini: “Menurut pendapat banyak sarjana, satu dari pada
sebab-sebab yang utama dari perubahan status Jesus, dari
Masih Yahudi hingga menjadi Pembebas alam-dunia, terletak
pada penggunaan istilah “Lord.” Dalam bahasa Ibrani kata
ADONAI cuma berarti Yehovah, Tuhan yang Satu dan yang
Satu-satunya, dan Jesus tidak mungkin disebut Lord. Dalam
bahasa Aramaik (MARAN) sudah mulai ada suatu perubahan. Para
dewa pembebas Matahari adalah “lords.” Dalam bahasa Yunani
(KURIOS), kata ini pasti mempersamakan Jesus dengan seorang
dewa – pembebas seperti lord-lord lain dari agama-agama
misteri. Bukannya kata “kurios” diperuntukkan khas guna
maksud ini. Kata “kurios” dapat dipersamakan dengan kata
“sir” dalam bahasa Inggeris. Tetapi kalau kata itu digunakan
tentang Caesar atau tentang seorang dewa pembebas, maknanya
menjadi agung. Kata itu tentu dapat dipakai tentang Yesus
dalam erti yang lebih tinggi sesudah ia ditablighkan kepada
orang; kalau tidak Jesus akan lebih direndahkan dan pada
kedudukan dewa-dewa Attis, Tammuz atau Osiris. Sesudah kata
itu dipakai bagi Jesus, maka beliau, tidak mungkin lain,
memperoleh beberapa tabiat dari para dewa-pembebas.
Idea tentang pembebas sebagai Putera Tuhan sudah ada beberapa
abad sebelum Paulus, pada agama Hellenic (Greek Kuno), pada
Gnosticism, pada gerakan Hermetik. Konsep Ibunda Tuhan yang
kini dihubungkan dengan Maryam, Ibu dari Jesus, telah jauh
berkembang pada dewi Isis, Cybele dan banyak lagi “mater
dolorosas” lain.
Dodd dalam kajiannya yang tersohor tentang istilah-istilah
dalam bahasa Ibrani dan Yunani dari Wasiat Lama, memeriksa
kata-kata seperti ‘God,” ‘Law,” “Sin,” “Atonement,” “Faith,”
dan memperlihatkan bagaimana maknanya berubah kalau Ibrani
diganti dengan Yunani.
Siapakah Penulis-penulis Injil?

Terdapat 4 penulis Injil iaitu Mark (Markus),Matius (Matthews),Luke (Lukas) dan John (Johannes).Dua nama iaitu Mark dan Luke dinisbatkan kepada nama penulis dan pengkompilasi Injil itu sendiri iaitu Mark dan Luke.Matthews dan John pula dikatakan sahabat-sahabat nabi Isa (Apostles) tetapi dalam dunia Kristian sendiri banyak berbalah siapakah sahabat Nabi Isa a.s yang benar-benar melihat wajahnya,bersama-samanya dan mendengar khutbahnya.Dalam hal ini sudah pasti ada pengarangnya untuk Injil Matius dan Johannes.
Siapakah mereka?Adakah mereka pernah melihat Jesus?
Mark (Markus) adalah teman seperjalanan Paul (siapa Paul akan dibincangkan kemudian).Dia tidak pernah melihat Nabi Isa a.s. dan dia juga tergolong dalam Kristian terkemudian seperti Paul (Paulus).Luke (Lukas) pula adalah seorang Greek yang baru memeluk Kristian dan bahasanya sudah tentu bukan Aramaik.Dia adalah doktor peribadi Paul dan sudah pasti tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s.Juga perlu diingatkan bahawa semua penulis Injil ini termasuk Paul,semuanya berbahasa Graeco,iaitu bahasa Yunani-Hellenistik dan sudah pasti mereka semua tidak menggunakan bahasa Aramaik sebagai bahasa mereka seharian.
Tradisi menyebutkan Injil Johannes (John) ditulis oleh seorang pengetua dari Gereja Asia pertama di Efesus (Ephesus). Injil Yohanes ditulis
lebih kurang tahun 85-95 Masehi dan kemungkinan diterbitkan sesudah Johannes meninggal dunia.
Berkenaan dengan Injil Lukas, Somerville (seorang sarjana) berpendapat bahwa masa penulisan Injil Lukas sekitar tahun 80 Masehi, atau mungkin beberapa tahun lebih awal atau lebih akhir kerana tidak ada cukup bukti yangg meyakinkan.
“Lukas, penyusun Injil ini menurut Paulus adalah seorang dokter” (Kolose 4:14)
Diantara para penulis Injil, dia merupakan satu-satunya penulis bahasa Yunani (Greek) yang bukan orang Yahudi, tetapi seperti yang lain, dia juga tidak pernah bertemu Jesus. Tapi dia telah menghabiskan waktu beberapa lama dengan Paulus. Tapi sayang, Paulus sendiri tidak cukup beruntung kerana tidak pernah melihat Jesus.
Dari pengaturan tulisan, diduga bahwa penulisnya kemungkinan seorang yang sangat terpelajar. Dalam pernyataan pendahuluannya, dia mempersembahkan tulisannya kepada Theophilus, seorang pemikir Yunani yang terkenal ketika itu,
“Theophilus yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, seperti yang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman.Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar” (Lukas 1:1-4)

Teka-Teki Penulis Injil
Kajian yang teliti dan cermat terhadap ayat ini, bahawa telah banyak penulis sebelumnya, yang berusaha menyusun gambaran atau cerita (tetapi bukan Injil) dengan berdasarkan pengetahuan mereka pada tradisi-tradisi lisan atau pernyataan-pernyataan para saksi langsung dan para pendukung Injil.Pada waktu Lukas menulis bukunya, Injil yang telah ada hanya dua, yaitu Injil Markus dan Matius. Dua adalah angka pembatas, dan seandainya hanya dua gambaran tentang kehidupan Jesus, maka Lukas tidak akan menyatakan bahwa “banyak penulis” telah melakukan hal itu. Secara kronologis, Injil Markus ditulis lebih kurang tahun 65 Masehi dan Lukas pasti telah mengetahuinya, dan tentang Injil Matius tidaklah pasti, sebab pada waktu dia menulis Injilnya, Injil Matius kemungkinan besar belum ditulis, Injil Johanes apatah lagi, ditulis pada masa yang lebih akhir. Oleh sebab itu tidak boleh termasuk diantara yang banyak.
“Pada saat itu Injil Johanes belum ditulis dan tidak pasti apakah Lukas mengenal Matius. Dan satu-satunya sumber yg jelas pastilah Injil Markus”(DR. William Wrede, The Origin of New Testament, hal.48)
Jadi satu-satunya Injil yg tersedia adalah hanya Injil Markus. Empat ayat Lukas ini telah membingungkan banyak sarjana Bible mengenai siapakah banyak penulis tersebut.”Banyak penulis” adalah sedutan dari kata-kata Lukas sendiri. Pernyataan Lukas pada 2 ayat terakhir (“banyak penulis”) memperlihatkan bahwa dia telah mempergunakan secara luas bahan-bahan ini dan telah mengumpulkan, mengkaji, mengubah dan mengatur kembali bahan-bahan tersebut menurut syarat-syarat dan pilihannya sendiri, dan dia memutuskan untuk menulis suatu penceritaan yang saling berhubungan yang tidak pernah dia dakwa sebagai Injil. Dia bukannya mengaku menulis dibawah bimbingan inspirasi atau ilham, tapi dia bahkan mengakui bahawa dia memiliki dokumen-dokumen yang dimiliki oleh orang lain sebagai sumbernya. Oleh sebab itu disini tidak ada kaitannya dengan persoalan wahyu. Dia menulis bagi Theophilus dan dia tidak pernah mengira bahwa karyanya akan melengkapi perjanjian baru yang diakui secara rasmi oleh orang-orang Kristian dimasa datang.
Penyelesaian Teka-teki Penulis Injil
Sampai di sini anda nampak jawapan kepada ‘puzzle’ ini?Kalau tidak cuba lihat kembali kata-kata Lukas (Luke) sendiri dalam (Lukas 1:1-4)
“Theophilus (sebutan Forasmuch dalam versi King James) yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, seperti yang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman.Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar”
(Lukas 1:1-4)
Ini adalah ayat yang merungkai sejarah penulisan Injil.Ia seakan lima kata kunci untuk membuka ‘cipher code’ bagi peta ke arah Cibola dalam National Treasure 2.Dalam hal ini ia akan membuka Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane;ketika Nabi Isa a.s bermunajat dengan penuh mengharap kepada Allah s.w.t di waktu dingin dinihari.
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?.” Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib.”
(Al-Maidah ayat 116)
Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: “Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu”, dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.”
(Al-Maidah ayat 117)
Untuk menyelesaikan adakah Injil yang dipakai oleh dunia Kristian adalah benar-benar asli,kita lihat kembali turutan susunan usia Injil yang empat itu (Mark,Matthews,Luke dan John).Pertama sekali sudah tentu Mark kerana Mark iaitu penulisnya adalah teman rapat Paul (Paul adalah teman seperjalanan pula kepada Barnabas-sahabat termuda Nabi Isa a.s).Keduanya Matthews.Tentang Injil Matthews (Matius) pula,sering ditegaskan oleh gereja bahwa St.Matius, salah seorang murid Jesus, adalah penulis Injil ini. Menurut para pakar Bible, Injil ini ditulis antara tahun 70 Masehi dan 90 Masehi (Sunderland).
Dalam Injil Matius sendiri menentang penegasan tentang penulisan oleh Matius.
“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihat seorang laki-laki bernama Matius duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkata kepadanya, “Ikutlah Aku” maka Matius berdiri dan mengikutinya”
(Matius 9:9)
Pernyataan ayat ini memperlihatkan bahwa penulis ayat ini bukan Matius,kerana jika St. Matius sendiri yang menulisnya tentulah dia menuliskan begini:
“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihat daku duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkata kepada aku, “Ikutlah Aku” maka aku pun berdiri dan mengikutinya”
(Matius 9:9)
Tapi pada masa berikutnya dinisbahkan kepadanya oleh seorang penulis yang tidak dikenal.
W.C. Somerville Ph.D. dari Gereja Scottish cukup berani mengakuinya:
“Injil ini ditulis sekitar tahun 80 Masehi oleh seorang penyusun yang tidak dikenal. Injil tersebut nampaknya dihasilkan oleh seorang yang sangat tertarik kepada agama Yahudi dan tertarik kepada Perjanjian Lama, dan kemungkinan dipersiapkan untuk dipergunakan pada suatu pusat dimana majoriti orang Kristian sebelumnya adalah orang-orang beragama Yahudi. (Somerville, A First Introduction to the New Testament, hal.620)
Dari sini terlihat bahwa Injil tersebut ditulis Oleh seorang yang bukan murid Jesus, tetapi oleh seorang yang tidak memiliki maklumat tangan pertama dari ajaran-ajarannya, dan mengumpulkan maklumat sedikit demi sedikit dari tradisi-tradisi popular tentang Jesus dan ajaran-ajarannya, dan penegasan bahawa ia merupakan dokumen yang diwahyukan adalah tidak benar sama sekali.
“Dari apa yg telah dikatakan, akan jelas terlihat bahawa penulisan langsung Injil ini oleh Matius murid Yesus, adalah tidak mungkin”(Komentar Dummelow terhadap The Holy Bible, hal 620)
Alasan utama bahwa penulis Injil Matius tidak puas dengan Injil Markus, dan menulis suatu Injil yg lebih komprehensif dari Injil ini, menunjukkan bahwa dia memiliki akses kepada suatu sumber sebagai tambahan bagi Injil Markus. Sebagai contoh, Markus tidak membuat garis keturunan Yesus dan juga tidak membuat penyebutan yang begitu penting tentang mukjizat Jesus sebagai kelahiran suci, tapi sebaliknya Matius menggabungkan bahan semacam ini dengan cara menyalin apa adanya. Keilmuan moden telah memperlihatkan bahwa pada masa itu kedua Injil ini masih dalam tahap ‘janin dalam kandungan’.
J. B. Phillips nampaknya sama dengan pandangan Islam dan seolah-olah bersepakat dengan hujah para ilmuan Islam tentang ketidakaslian Bible dalam penemuan ini. Beliau adalah sarjana yang dibayar oleh Gereja Anglikan, Inggeris. Tak ada alasan baginya untuk berbohong atau berkhianat atas kerosakan pandangan gerejanya! Merujuk kepada kata pengantarnya untuk “Injil Matius” (lihat salinannya pada halaman 362).
Phillips mengatakan tentang penulisannya sebagai berikut:
“Tradisi terdahulu menganggap Injil ini berasal dari St. Matius, tetapi para sarjana saat ini hampir semuanya menolak pendapat ini.” Dengan kata lain, Matius tidak menulis Injil yang memuat namanya.
(Husting’s, Encyclopaedia of Religion and Ethics)
Terdapat sumber lain dari sebuah sumber umum yang dijadikan contoh oleh Matius, Markus dan Lukas. Ketiga penulis ini, siapa pun mereka, telah melihat dokumen umum tersebut. Mereka menulis seolah melihat melalui mata “seseorang”. Dan kerana mereka sepakat, ketiga kitab Injil pertama tersebut dikenal sebagai Injil Sinoptik.
Jika penulis yang tidak dikenal dari Injil tersebut tidak secara tegas mengakui sumber ini, maka jelas dapat disimpulkan bahwa Injil Matius merupakan karya dari seorang pembangkang Yahudi. Ketidak jelasan dari penulisnya, menutup setiap kesempatan bagi Injil tersebut sebagai sebuah dokumen yang diwahyukan.
Selepas Matthews (Matius),Injil Lukas ditulis dan kemudiannya John (Johannes).Kita kesampingkan injil terakhir (John) kerana jika ketiga-tiga injil yang awal sudak berkecamuk dan boleh diragukan apatah lagi injil yang baru ditulis ini.
Mari kita selesaikan kod rahsia dari kata-kata Lukas ini atau yang digelar orang Kristian Luke The Evangelist.
“Theophilus yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita…”
‘Theophilus’ merujuk kepada seorang pemikir Yunani.Ayat seterusnya bermaksud ramai orang telah menulis (berusaha menyusun) ke dalam kitab-kitab atau cerita yang dibukukan (suatu berita) mengenai peristiwa yang terjadi antara Luke dan Theophilus.Apakah PERISTIWA ITU??.Kita lihat ayat seterusnya,
“…seperti yang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman.”
‘…seperti yang disampaikan kepada kita…’ adalah jawapannya.Peristiwa itu adalah seperti satu perbahasan atau perbincangan atau khutbah atau pemberitahuan.Juga tidak keterlaluan jika Luke dan Theophilus telah menghadiri satu majlis ilmu.Mereka telah mendengar seseorang atau sekumpulan orang menyampaikan sesuatu kepada mereka.Soalnya,SIAPA MEREKA ITU YANG MENYAMPAIKAN SYARAHAN KEPADA LUKE DAN THEOPHILUS??Lihat seterusnya,
‘… oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman’,ini adalah orang yang berbicara kepada Luke dan Theophilus.’Saksi mata’ adalah orang yang menyaksikan sesuatu dengan matanya sendiri,bukan mendengar cerita dari orang lain.Dalam kes ini,orang yang memberi syarahan adalah tergolong dalam kelompok Hawariyyun (The Apostles) iaitu orang yang melihat dan bersama-sama Jesus (Nabi Isa).’Pendukung Firman’ adalah orang-orang yang berjuang mendukung kitab Injil yang asli dan mereka sudah pasti menghafal atau menulisnya dalam bahasa asalnya iaitu Aramaik.
‘…Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya,…’.Dalam ayat ini Luke telah mengambil inisiatif membuat penyelidikan dari hasil syarahan dalam majlis ilmu tadi.Dia mula memikirkan apa yang dikatakan oleh si Hawariy yang pernah melihat Nabi Isa dan hidup bersama-samanya.KEMUDIAN APA YANG DILAKUKAN OLEH LUKE SELEPAS ITU??
‘… aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar…’.Luke telah bertindak menulis kembali apa yang dikatakan oleh si Hawariy tadi,seperti seorang murid yang menuliskan nota-nota pengajian sekolahnya.’membukukan dengan teratur’ bermaksud menjadikannya sebuah buku yang kemas untuk diberikan kepada Theophilus (bagimu) supaya Theophilus dapat memikirkan dan mengkaji kembali (supaya engkau dapat mengetahuinya) semua yang didengar mereka adalah sesuatu yang benar.
Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa Injil Luke bukanlah yang asli,ia cuma kompilasi dari apa yang didengarnya dari sebuah majlis ilmu,atau majlis syarahan golongan Nasrani awal yang berdakwah tentang keesaan Tuhan.Bukanlah persoalannya mengapa kita hendak meragui Luke,tetapiDARI SINI KITA TAHU YANG BIBLE LUKE INI TIDAK ASLI DAN HASIL TULISAN LUKE BUKAN WAHYU ATAU HASIL TULISAN SAHABAT JESUS.Apabila hasil tulisan seorang yang hanya mendengar seseorang berkata-kata,maka ia tidak lepas dari kesalahan mendengar atau mentafsir,menambah atau mengurangi perkataan.Tambahan pula,ia tulisan pihak ketiga,iaitu orang yang mendengar dari Hawariyyun.Luke juga bukanlah dari kalangan Yahudi tetapi berbangsa Greek,jadi makin kelirulah pemahaman antara kiasan dalam bahasa Aramaik dengan bahasa Greek.
Sebab itu ada istilah Bapa dan Anak Allah.Dalam kiasan sastera Aramaik,Bapa merujuk kepada Tuhan dan Anak Allah merujuk kepada orang-orang dicintai-Nya atau orang-orang menyeru kedamaian dan kasih sayang di jalan-Nya.Jika orang Kristian mengatakan Jesus adalah Anak Allah,sebenarnya di dalam Bible sendiri terdapat banyak konotasi Anak Allah yang ditujukan kepada orang lain.
“Diapun akan berseru kepada-Ku: ‘Bapaku Engkau, Allahku pelindung dan penyelamatku.”
(Psalm 89:26)
Ayat ini mengatakan Daud anak Allah.
“Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung”
(Exodus 4:22)
Ayat ini mengatakan Yaakub anak Allah.
“Dengan menangis mereka akan datang, dengan hiburan Aku akan membawa mereka; Aku akan memimpin mereka ke sungai-sungai, di jalan yang rata, di mana mereka tidak akan tersandung; sebab Aku telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah anak sulung-Ku.”
(Jeremiah 31:9)
Ayat ini mengatakan Efraim anak Allah.
Jadi bukan sahaja Jesus anak Allah malah ramai ‘anak Allah’ sebenarnya.
Perkara di atas sebenarnya ingin menjelaskan bahawa dalam dalam bahasa Aramaik anak Allah bererti orang yang dikasihi-Nya kerana berbuat kebaikan.
“Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang kerana mereka itu akan disebut anak Allah”
(Matthews 5:9)
SEbab itu terdapat kecelaruan dari orang yang menulis kitab Injil dari orang yang mengajar Injil itu sendiri.Para Hawariyyun adalah mereka yang berbangsa dan berbahasa sama dengan Jesus atau Isa sendiri.Jadi bagaimana orang yang berbahasa Graeco atau Yahudi-Hellenistik atau Greek/Yunani atau Latin dapat menulis kitab Injil dengan jelas dan tepat seperti yang diwahyukan kepada Jesus sendiri.
Persoalannya,mengapa tidak diambil sahaja Injil-Injil yang berada di tangan para Hawariy (apostles)??Kalau di masa Luke sendiri dia mengakui ramai yang menulis apa yang diajarkan oleh golongan awal Kristian itu,ke mana perginya Bible yang lain??Takkanlah tiada satu Bible pun yang bertulis bahasa Aramaik atau sekurang-kurangnya bahasa Ibrani (Hebrew) atau paling tidak pun berbahasa Arab (kerana orang Arab lebih dekat nasab dan hubungan geografinya dengan Yahudi)??Jelas yang diambil adalah Injil orang-orang yang baru memeluk Kristian (mualaf) seperti Luke dan Mark.Orang-orang bukan berbahasa Aramaik.Memanglah ada di antara mereka seperti Paul (salah seorang yang menambah Injil dan menokoktambah kepercayaan Kristian,karyanya ialah Surat-surat Paul yang terkenal itu) itu orang Yahudi tetapi dia bukanlah satu ‘suku’ dengan Jesus.Paul menggunakan bahasa Graeco (Greek) sebagai bahasa sehari-hari.Samalah seperti orang Jawa dan orang Banjar.Mereka Melayu tetapi menggunakan dialek atau bahasa suku berbeza.
 
lupa nak cakap kebanyakan resource aku diambil melalui mistisfile/blogspot